(View Original Web?)

KONGKO-KONGKO > KABAR-KABARI

Malaysia sedang marah-marah soal batik!!!


(Page 1 of 6) >  >>
Indonesia isytihar menang 'pertikaian batik'

Susilo gesa rakyat memakai baju batik esok rai keputusan Unesco

JAKARTA: Presiden Indonesia menggesa 234 juta rakyat negara itu memakai batik bagi meraikan kemenangan berhubung hak perebutan warisan kebudayaan dengan negara jiran, Malaysia.

Pertubuhan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Unesco minggu ini dilaporkan akan meletakkan cara pembuatan batik yang diamalkan Indonesia - membabitkan proses rumit mencelup dengan lilin dan warna - dalam senarai Warisan Kebudayaan Dunia agensi badan dunia itu.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan seluruh penduduk Indonesia meraikannya pada hari Jumaat ketika ia diisytiharkan secara rasmi dengan mengenakan baju, pakaian, blaus yang dibuat dari batik.

“Saya menggesa rakyat Indonesia di mana-mana juga memakai batik pada 2 Oktober,” kata Yudhoyono yang dipetik oleh agensi berita Antara ketika menghadiri mesyuarat pemimpin dunia G20 di Amerika Syarikat.

Yudhoyono berkata negara itu perlu mengadakan ‘parti batik’ untuk memberitahu dunia bahawa seni berkenaan datangnya dari Indonesia.

Media di sini juga berada dalam suasana kemenangan berikutan keputusan Unesco itu yang dilihat sebagai babak terkini dalam pertikaian dengan Malaysia yang didakwa sebagai ‘mencuri’ segala-galanya dari batik hingga tarian dan lagu negara itu.

tanggapan someone member diforum itu

Aku sungguh tak faham dengan perangai orang Indonesia ni. Baru-baru ni pertikaikan lagu kebangasaan negaraku kononnya berasal dari dari lagu terang bulan. Kemudian timbul pula isu tarian pandet. Kini timbul pula isu batik. Semuanya menjurus kearah Malaysia. Macamlah Malaysiani musuh nombor satu Indonesia.

Mereka tak sedarke beratus ribu atau berjuta orang Indonesia kini datang merempat ke Malaysia. Mereka datang cari pekerjaan dan hantar balik berbilion tukaran asing wang Malaysia ke negara mereka.

Walaupn mereka ini banyak mendatangkan masalah kepada rakyat Malaysia tetapi taklah sampai ketahap menjadi isu sensitif kepada rakyat Malaysia atau sekurang-kurangnya kepada orang keturunan Melayu di Malaysia. Ini kerana kebanyakan mereka beragama Islam, berbahasa yang hampir sama, berbudaya yang hampir sama dan kelihatan mempunyai rupa paras/fizikal yang serupa.

Ramai orang Indonesia samada lelaki atau perempuan berkahwin dengan orang Malaysia dan mereka diterima sebagai orang Melayu di Malaysia.

Malah kelangsungan perhubungan kebudayaan ini telah berlaku sejak beribu tahun lalu hinggalah sekarang. Perhubungan inilah yang membentuk kelompok etnik utama nusantara Melayu (di Malaysia) atau orang Indonesia di Indonesia.

Di Indonesia sendiripun mereka terdiri dari berbagai etnik yang mempunyai dialek bahasa mereka sendiri. Dan tentu sahaja ada sedikit kelainan budaya antara satu wilayah dengan wilayah yang lain.

Cuba bezakan etnik keturuna Acheh dengan etnik di Irian Jaya atau etnik di Kalimantan. Adakah mereka sama keseluruhannya.

Oleh itu bukanlah menjadi satu hak mutlak kepada orang Indonesia sahaja jika ada sesuatu budaya yang hampir sama di amalkan ditempat lain atau di negara lain dalam kawasan etnik Malay Archipelago (tolong betulkan kalau ejaannya salah).

Bukan salah genersi sekarang tetapi memang telah dikembangkan oleh datuk nenek generasi kita dahulu yang tidak mempunyai sempadan antarabangsa seperti sekarang.

Bolehkah Indonesia menuntut hak keatas keturunan orang Jawa dan Bugis yang ramai terdapat di Johor dan selangor. Bolehkah Indonesia menuntuk hak ke atas keturunan orang Mandelen dan Banjar di Perak dan bolehkah Indonesia menuntut hak ke atas keturunan Minangkabau di negeri Sembilan.

Lagu negaraku tak sama dengan lagu terang bulan, hanya melodinya yang hampir sama. Batik Terengganu dan batik Kelantan tak sama dengan batik Indonesia. Hanya perkataan batiknya sahaja yang sama. Begitu juga Malaysia tak pernah mengatakan tarian pandet itu berasal dari malaysia. Tarian Gamelan Indonesia tak sama dengan tarian Gamelan Malaysia. Yang sama hanya perkataan tarian Gamelannya sahaja.

Kalau semuanya kena berbeza maka tidak akan ada rumusan ahli sejarah mengatakan bahawa Bangsa asal Malaysia iaiatu Melayu adalah bangsa serumpun dengan bangsa asal Indonesia.

Amerika tak kisahpun akan bendera Malaysia yang hampir sama dengan bendera mereka. Syarikat kereta ford di Amerika dan British tak marahpun rekaan kereta mereka di ciplak oleh Jepun dan sekarang Malaysia atau negara lain.

Kita bangsa serumpun dinusantara Malay Archipalgo masih mundur atau sedikit terkebalakang dalam pencapaian kemajuan dibandingkan dengan bangsa Eropah dan bangsa Indochina termasuk negara China. Agenda utama kita adalah menjadikan bangsa Melayu dan Indonesia setanding dengan bangsa lain di dunia. Apalah perkara yang sekecil itupun nak diperbesar-besarkan. Orang berebut daging gajah. Kita berebut daging kancil.

=========

info ada di sini http://forum.mykmu.net/modules.php?n...er=asc&start=0
Paling males ngurusin malingsial....

ayo...apalagi yang mo diklaim.....
^aku mauuu dong di klaim (nada banci)... wakwakwkawk..

dasar malaysia.. smua2 diklaim,...
jah sob slah maho dong
Quote from: edho on October 04, 2009, 07:52:33 PM
jah sob slah maho dong

baru nyadar

(Page 1 of 6) >  >>

Navigation

Back Sub-Forum